Sunday, December 2, 2012

bina 'masjid' di masjid


2 Disember 2012 - 'Bina Masjid' di Masjid

BAGI pasangan yang bercadang melayari bahtera perkahwinan, memang wajar mereka mengambil kira tempat untuk menganjurkan majlis walimah.

Tanpa tempat yang sesuai, majlis tidak akan dapat dijalankan kerana tempat majlis penting untuk menjamu para tetamu.

Ada sesetengah mempelai yang memilih kolong blok sebagai tempat untuk menganjurkan majlis perkahwinan. Tidak kurang juga yang memilih kelab-kelab masyarakat, restoran dan hotel.
Pada masa yang sama terdapat juga sesetengah pasangan yang menjadikan masjid-masjid di sini sebagai tempat untuk meraikan hari bersejarah mereka itu bersama para tetamu.

Antara mereka termasuk Cik Siti Hajar Aswadi, 27 tahun, dan pasangannya, Encik Muhammad Sollihin Salleh, yang telah melangsungkan pernikahan dan menjamu para tetamunya di Masjid Al-Mawaddah yang terletak di Compassvale Bow dekat Sengkang pada 10 November lalu.

Cik Siti Hajar, seorang guru tadika, dan keluarganya telah menjemput seramai 500 tetamu ke majlisnya di masjid itu. Mereka termasuk tetamu sebelah keluarga dan suaminya.

"Tempatnya cukup selesa untuk tetamu yang ingin ke tandas, berehat sambil berbual dengan saudara-mara yang sudah lama tidak ditemui dan juga bersolat secara berjemaah apabila sampai waktunya."

Menurut Cik Siti Hajar beliau memilih untuk menganjurkan majlis persandingannya di masjid atas nasihat bapanya, Encik Aswadi Aman, 56 tahun.

Bapa empat orang anak itu berkata beliau mendapat idea tersebut selepas beberapa kali terpandang notis majlis persandingan yang berlangsung di masjid itu.

Sejak dibuka pada Mei 2009, Masjid Al-Mawaddah telah menjadi 'saksi' bagi sekitar 350 majlis persandingan.

BERHAWA DINGIN

Antara lain, masjid itu menyediakan ruang bilik nikah berhawa dingin dan ruang jamuan termasuk meja dan kerusi makan, pelamin, sistem bunyian termasuk mikrofon untuk akad nikah dan bilik persalinan untuk pengantin.

Untuk kegunaan selama empat jam, kos pakej yang dikenakan ialah sebanyak $800 dan bagi setiap jam berikutnya ialah $50 sejam.

Dalam satu-satu masa, ruang masjid untuk kegunaan majlis persandingan dapat menampung sehingga 200 orang.

Namun, Pengerusi Eksekutif Masjid Al-Mawaddah, Encik Sakdun Sardi, menyatakan ada kemungkinan harga pakej itu akan dinaikkan.

"Ini agar kami dapat memberi mutu perkhidmtan yang lebih baik dan menarik seperti mengetengahkan pakej-pakej dan kemudahan baru dengan pilihan yang lebih sesuai mengikut cita rasa pasangan," katanya.

Bagi pasangan Encik Muhammad Saber John, 31 tahun, dan Cik Nadia Nahar Azmi, 37 tahun, mereka memilih Masjid Ba'alwie untuk menjamu sekitar 130 tetamu majlis persandingan mereka.

"Di masjid, hadirin tidak akan lupa bahawa semua yang diberikan datangnya daripada Allah. Dan tetamu biasanya akan bersikap secara lebih terhormat."

"Saya rasa kosnya juga lebih murah berbanding dengan mengadakan majlis di tempat-tempat lain," kata Cik Nadia, seorang penulis iklan dan penyelidik.

Berita Minggu difahamkan bahawa Masjid Ba'alwie telah menjadi tempat majlis persandingan bagi pasangan pengantin seawal 1956.

Semasa ditemui, imam Masjid Ba'alwie, Habib Hassan Al-Atas, berkata hampir setiap bulan - melainkan Ramadan - majlis persandingan diadakan di masjid itu.

"Tapi, biasanya kami dapat tempahan paling banyak dalam bulan November dan apabila ada tarikh istimewa seperti tarikh 10 November lalu. Pada tarikh itu dalam sehari sahaja berlangsung tiga majlis pernikahan disusuli majlis makan untuk tetamu yang diundang oleh pasangan masing-masing," ujarnya.

Satu lagi pasangan yang bakal mengadakan majlis persandingan mereka di masjid ialah Encik Muhammad Hadi Rahmad dan Cik Nadia Farhana Abdul Jalil, kedua-duanya 25 tahun. Mereka akan melangsungkan majlis mereka di Masjid Ar-Raudhah di Bukit Batok East Avenue 2 pada 16 Disember.

Menurut Encik Muhammad Hadi, beliau membayar harga tempahan sekitar $1,500 untuk sewa tempat, dapur untuk masak, kerja pembersihan dan sistem bunyian. Ini tidak termasuk kos untuk pelamin, hiasan dan makanan untuk tetamu.

"Kami tidak perlu sewa khemah dan tandas mudah alih. Masjid ini juga menyediakan dapur untuk katerer kami.

"Dan memandangkan kami menggabungkan majlis walimah kededua pihak, kami pilih masjid ini kerana ruang dewannya mampu menampung jumlah jemputan kami seramai 1,000 orang, insya-Allah," ujarnya lagi.

PENUH BERKAT

Ustaz Tengku Mohd Fouzy Tengku Mahid Jumat, pula telah melangsungkan majlis pernikahan dan persandingan anak keduanya di Masjid An-Nahdhah di Bishan pada 23 November lalu.

"Alhamdulillah, majlis persandingan yang berlangsung di masjid penuh berkat dan rahmat. Sebaiknya dalam perkahwinan, kita digalakkan agar mengutamakan keberkatan berbanding kemegahan," kata Ustaz Tengku Mohd Fouzy.

Majlis persandingan antara anaknya, Tengku Mohamad Fauwaz Fathurrahman dan Nur Syafiqah Kuwajahmoinudeen, kedua-duanya 20 tahun, telah dihadiri sekitar 4,000 tetamu.


Never really considered mosques for our wedding solemnization and reception but this is good information for Malay couples who baru start their planning and considering venues for their wedding solemnization ceremonies and receptions, and not sure which mosques have such facilities.

(Not mentioned in the article above but I know there's a multi-purpose hall (MPH) at Masjid Sultan that's available for weddings too! My mum went to a reception there before and told me that the space will work for guest list that ranges from 300 to 400pax but will be too small and cramped for combined wedding receptions.)

Oh, by the way, have I mentioned? When we went down to our wedding venue for a second site visit recently, Dzul the liaison person told us that they'll be raising the rental fees next year. RAISING THE FEES!!! Semua pun akan kena raise fees, semua pun akan naik harga seh. My heart seriously goes out to future brides-to-be :(

Must pressure my adik to kahwin soon already. FARAHIN ARE YOU READING THIS. I want to sponsor benda for your wedding ok, don't make me kena chronic heart attack when I hear prices that are doubled by the time you get married leh.

2 comments:

  1. Thank you for posting about this, Farna.. I recently attended a wedding at the MPH @ Masjid Sultan and instantly fell in love with the place. Insyallah I wanna have my reception there hehe or maybe a masjid that is near a hotel so boleh la salin baju kat bridal suite kan hehe feeling2 la aku ni..
    So yeah thanks so much!~
    Tasha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooooooh so glad you've pretty much decided on the type of venue. hopefully it works out good for you! :D

      Delete