Sunday, September 23, 2012

awak, jom kahwin kat gardens by the bay!

From Cyberita (Berita Minggu):

23 Sep 2012 - Majlis di tempat unik 

"Dari halaman di hadapan rumah kepada kolong blok dan kelab masyarakat, lokasi majlis perkahwinan orang Melayu telah menjalani banyak perubahan.

Menjadi trend sejak kebelakangan ini pula ialah kecenderungan sebahagian pasangan pengantin Melayu untuk memilih tempat-tempat yang lebih nyaman dan unik seperti taman bunga dan muzium untuk mengadakan majlis walimah mereka.

Belanja mengadakan majlis di tempat-tempat sebegini, bagaimanapun, tidaklah kecil, berdasarkan kelaziman orang berbelanja untuk sesebuah majlis perkahwinan. Ia boleh mencapai antara $40,000 hingga $60,000 dan ini dianggap terlalu tinggi.

Tetapi, bagi pasangan muda hari ini yang berkemampuan, bajet sedemikian bukan halangan buat mereka. Seperti Cik Nurul Ain Jauhari, 26 tahun, yang menganjurkan majlis persandingan dengan suaminya, Encik Nur Iskhandar Abu Bakar, 31 tahun, di Taman Jepun pada 21 dan 22 April lalu. Beliau menganggarkan perbelanjaan mereka mencecah sekitar $40,000.

Namun, bagi Cik Nurul Ain jumlah tersebut tidaklah keterlaluan berbanding dengan kenangan manis yang dilaluinya. "Yang penting ia kekal dalam memori sebagai majlis persandingan yang unik buat saya dan suami. "Pada masa yang sama, para tamu juga dapat menikmati keindahan menghadiri majlis persandingan di sebuah taman," kata pegawai pentadbiran itu lagi.

"Selain inginkan kawasan yang terbuka, satu lagi sebab mengapa saya anjurkan majlis persandingan di taman itu ialah sebagai memperingati arwah mak cik saya yang bertemu pak cik saya di situ," jelas Encik Nur Iskhandar pula.

Menganjurkan majlis persandingan di tempat-tempat sedemikian kini memang mendapat perhatian sesetengah pasangan. Berdasarkan tinjauan rambang Berita Minggu, sesetengah pasangan yang sudah atau bakal melangsungkan perkahwinan menyatakan mereka tidak keberatan melangsungkan majlis walimah mereka di tempat-tempat sedemikian sekiranya bajet mereka mencukupi.

Salah seorang daripada mereka, Encik Mohd Hanafi Mohd Sadik, 30 tahun, yang melangsungkan perkahwinannya di Mandai Orchid Ville pada 2 Jun lalu membelanjakan sehingga $45,000 untuk majlisnya itu. Ini termasuklah pakej berjumlah sekitar $20,000 yang terdiri daripada sewa tempat, katering dan bas ulang-alik untuk ke tempat itu yang terletak di Lorong Lada Hitam dekat Taman Haiwan Singapura.

"Ia bagaikan kenangan manis buat saya dan isteri dan kemanisan kenangan itu diharap kekal sehingga bila-bila, insya-Allah. Bagi para tamu pula ia juga peluang buat mereka membawa anak-anak bersiar-siar ke zoo selepas menghadiri majlis saya," ujar peniaga dalam bidang pemasaran rangkaian itu lagi. Isterinya, Cik Siti Rafidah Razali, 24 tahun, ialah suri rumah.

Adik perempuan Encik Mohd Hanafi, Cik Sara Begum Mohd Sadik, 27 tahun, juga merancang mengadakan majlis walimahnya di tempat istimewa - Bendungan Marina - pada 9 Disember ini dengan belanjanya dianggarkan mencapai hingga $60,000.

"Ini termasuklah kos menyewa tempat, khemah, kipas, alat penyejuk, makanan, pengangkutan, khidmat pembersihan dan lain-lain lagi. Kos khemah sahaja sudah mencecah $25,000 kerana ia perlu lebih kukuh agar dapat menahan tiupan angin yang biasanya lebih kencang di situ," ujar guru di sebuah sekolah rendah itu. Bakal suaminya, Encik Farid Jamal, 30 tahun, merupakan seorang peniaga. Pada ketika ini pasangan tersebut masih terus berbincang dengan syarikat perancang majlis persandingan mereka bagi majlis itu.

Sementara itu, pasangan suami isteri, Encik Kenneth Saif Chye, 40 tahun, dan Sofia Md Shariff, 34 tahun, yang bersanding dua tahun lalu pula telah menerapkan tema hari keluarga sempena majlis mereka yang berlangsung di Piai Plaza di Taman Pasir Ris. "Bagi menghangatkan lagi suasana kekeluargaan itu, kami telah menyediakan taman permainan yang diperbuat daripada belon untuk menghiburkan kanak-kanak yang datang," kata Encik Saif Chye, seorang guru.

Pemilik syarikat PutriMas Bridal & Beauty Gallery, Cik Masturah Abdullah, 57 tahun, berkata majlis yang berlangsung di tempat-tempat sedemikian sememangnya memerlukan belanja yang jauh lebih tinggi berbanding di kolong blok atau kelab-kelab masyarakat. "Kadangkala kos khemahnya sahaja boleh mencecah puluhan ribu dolar. Kos penghantaran makanan juga lebih tinggi kerana di kebanyakan tempat ini anda tidak dibenarkan memasak," katanya lagi.

Dalam jawapan e-melnya kepada Berita Minggu, jurucakap Agensi Air Nasional, PUB, berkata sejak dibuka pada 31 Oktober lalu, Bendungan Marina telah dikunjungi sekitar lima juta pelawat. Daripada sekitar 1,000 acara korporat dan privet yang dianjurkan di situ, 15 daripadanya adalah majlis perkahwinan.

Bagi tarikan terbaru Gardens by the Bay, majlis perkahwinan pertama di situ akan diadakan pada 29 September ini di Dewan Jubilee, Flower Dome. Jurucakap Gardens by the Bay, berkata: "Sejauh ini kami telah mengesahkan hampir lapan majlis perkahwinan (Cina, Melayu dan India) untuk baki tahun ini sehingga Jun depan. Kami juga telah menerima banyak pertanyaan bagi majlis serupa yang dijadualkan pada 2014 nanti."

Menurutnya, daya tarikan itu yang mempunyai beberapa kawasan untuk penganjuran acara, mengenakan bayaran bergantung kepada tempatnya iaitu antara $856 dengan $3,852.

Jurucakap Muzium Nasional Singapura pula menyatakan bahawa sejak dibuka semula pada 2006, bangunan bersejarah itu telah menjadi destinasi popular bagi pasangan pengantin untuk bergambar. "Sejauh ini kami telah terima lebih 2,000 pasangan bergambar di muzium ini," kata beliau lagi."


I kind of expected venue rental at Gardens by the Bay to start from $4000 onwards so to know that their venue rental is "antara $856 dengan $3852" is pretty surprising!

For Malay pengantins desperately looking for alternative venues that can hold 1000 or more pax, this might just be the perfect venue choice for you, provided:

(1) the venue rental fee is within your budget

(2) you've set aside $$$$$ for tentage since their venues are all outdoor venues; and

(3) your guests are not the kind yang akan complain they all kena hempas pulas naik bus turun bus naik train turun train in their traditional Malay wear just to travel all the way to Gardens by the Bay for your wedding hahaha

For more information, you can read the factsheet here or read the website here.

P.S. Wah Ain keluar suratkhabar two weeks in a row seh. Hahahahaha. I know I owe you a date to fawn over your wedding photos and video! Soon soon. 

4 comments:

  1. omg la. last time i called to enquire about Gardens By the Bay they quoted me about $8k-$20k. i didnt even hear anythg near below $1000.

    ReplyDelete
    Replies
    1. really????? oh dear, maybe it's a different price range for weddings? (which would make the statement in the article very misleading since the story is about venue rental for weddings)

      maybe i should email them for quotes and see what they say.....

      Delete
  2. oh i just checked with them. Jubilee Hall at Flower Dome is like 15K for the actual day! oh mahal nyeeee..
    article misleading betul! make me happy for nothing! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeeccckkkkksss so misleading! thanks for letting me know ya!

      Delete